Showing posts with label THOUGHT. Show all posts
Showing posts with label THOUGHT. Show all posts

Lazy Day


Malas malas malas. Ha.. Boleh tak macam tu? Kalau takde mood nak buat keja je, cakap "Aku malas lah!" HAHA. Tak tau lah kenapa hari ini rasa malas . Maybe sebab badan tak berapa sihat. So nak buat kerja pun slow je. Hidung plak telah dijangkiti virus. Meleleh hingus. Euww :o So hari ni aku pergi lab half day je. Tak larat der. Hati pun asyik nak menggelegak. Mulot asyik nak sembur orang je. Badan asyik minta baring. Katil kat bilik pun dah memanggil manggil den tu ha. Akhirnya aku balik rehat. Tapi after semua kerja kat lab dah siap la. Kalau tak, mau aku kena sembur dengan orang sebab tinggal barang bersepah. Fuh~ What a hectic day. Balaik teros tido. Terbaekk! Bangun fresh best. Now I am updating my blog. Buang masa tak rasa penat plak ye.. Takpe ni recharging nama nye. Esok work out lagi. Chayok babe. 


Boleh macam ni?


Auww~ Comel nye awak tido. Nak tido sebelah awak boleyy ;)



Ishh! Tak boleh. Nanti jadi macam nie lagi susah...


Kungfu Panda yang comel. 


Time time malas ni bukak yt rajin pulak. Pelik btol. Browse punye browse... Jumpa video ni. I memang gila Bruno Mars okay. Best lagu dia :)





Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed





:)

Dah Jumpa Awak, Sucrose!


Hai all. Fuhh~ Hari ni happy. Sebab dah jumpa sucrose yang dicari-cari selama ni. Mane ntah kau maen sorok-sorok dengan aku. Finally boleh start prepare parent material lepas kena tukar material time evaluation hari tu. Bermula la kisah hidup aku dan lab pasni. Huhu.


Siap kau pasni. Aku dissolve dalam asid.


Korang macam mana? Ada baik kah? Hofefully sumenye okay. Aku sekarang telah duk layan Nora Elena. Lambat kan? Haha. Lambat pun xpe janji layan.. Ada ke lelaki sebaik dan sesabar Seth Tan? Ade ke? Cam tak je. Kalau ada pun mesti dalam sorang dua je.. Seth Tan, body kau cantek kowt :/ Damn!


Ramai pompuan gila cite ni. Termasuklah aku :P

Katenye cite yang replace drama ni pun Aaron yang berlakon. Tak macam bosan ke asyik orang yang sama je. Ce tuka orang lain.. Btw, korang suma ada layan KL Gengster tak? Perghh! Hilang suma kelembutan Seth Tan dalam movie nie. Tapi tetap bertanggungjawab gitu.. Worth la cite KLG ni. Better kot dari Kongsi. Comel apa Shamsul Yusof cakap cina. Zizan lawak tapi last2 mati. Ntah pape.. 

Abang Long taiko!


Looking forward movies yang best. Green Lantern cam tak je..  Any ideas? Rasa macam mau melancong! Dan enjoy to the fullest. I need a vacation!



P/S: Nape sewa bilik mahal sangat? Tercekik aku nak bayar tau tak :(



Its Already JUNE!


Lame tak update! Sian kamu, blog. Hehe :D Its already June. Ohh. Sekejap sangat masa berlalu pergi. Bulan depan dah genap satu tahun jadi Post Graduate student. Tapi progress macam harem, duhh! Kena double up effort ni. Bulan 9 ada assessment lagi. Fuhh. 5 bulan banyak benda jadi. Banyak pengalaman aku dapat. Banyak kerenah manusia aku nampak. Banyak dugaan yang datang bergolek. Banyak rezeki yang datang, ada yang ditolak ada yang diterima. Boleh ke main tolak2 rezeki? Seboleh nya kita terima la ye tak? Tapi mungkin ada hikmah kita tolak rezeki dan tawaran yang datang tu. Semua kerja Dia. Dia maha mengetahui segala isi perut Bumi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup. Syukran ya Rabb. Macam mane korang punya life for the past five months? Aku doakan semua nya baik2 belaka, aminnn.. So dah tengah bulan enam ni. Apa la aku nak buat. Haha. Padahal keja bertimbun. Dalam 5 bulan ni banyak gak la wedding yang aku attend. One of them, wedding classmate aku time undergrad. Aimi. Congrats dear. Followed by my labmate, Juan. Kawen jugak kau der. Semoga berkekalan hingga ke syurga.. Nothing interesting in my mind right now. Just to share 1 video yang aku duk ulang2 pasang sambil karok sorang2 dalam bilik. Huu :) Klik kalau sini anda curious. Kalau tak, tak payah klik. LOL.





P/S: Sengal-sengal badan tak tau apahal. Simptom2 homesick ni :( Help!



L O V E matter

Hey hey hey! Happy Sunday all. Sangat bosan ini hari. Tade buat pape. Buang masa tengok Youtube, download lagu. Ha! Hari ni lets talk about L O V E.


Apa itu L O V E?

 L: is for the way you look at me
O: is for the only one i see
V: is very, very extraordinary
E: is even more than anyone that you adore can
*Nyanyi ala ala Michael Buble (klik sini untuk dengar)*


Boleh tanya diri sendiri. Kenapa aku sayangkan dia? Kenapa dia sayangkan aku? Am I in love? Yes you are in love IF AND ONLY IF... Kita masing2 memahami and cuba menerima semua kelebihan dan kekurangan si dia. Aman nye dunia ni kalau kita sesama manusia menerima dengan cara terbuka kekurangan orang lain. Macam tu jugak dalam relationship nie. Kalau korang dah confirm in love dengan dia, and dia pun memang confirm tangkap chenta dengan korang, ape kata korang cuba tips nie.. Tips ni for girls actually. Tapi guys yang nak cuba, tade masalah der. Give a try. Who knows they are worth kan..

First: Berkongsi aktiviti yang sama

Why not if time korang tengah dine or lunch, korang share dengan dia ape makanan2 yang korang suka, ape makanan2 yang korang reti masak (tapi aku sure tade la banyak sangat yang reti kan? ngee). Ape makanan2 yang korang nak try. And ajak dia sama2 try makanan tu. Ataupun, korang nak try recipe baru. Boleh try together (erm. rasenye yang ni kena nikah dulu la). Instead of delivery or makan kat luar, korang akan develop bonding which is team-bonding. Bila nak masak bersama2 ni, korang tend to cooperate untuk jadikan recipe yang korang nak cuba tu, menjadik. Best kan? Sweet je. For guys pulak, try share dengan dia pasal bola. Some guys said, boring cite pasal bola dengan perempuan. Sebab? Sebab perempuan bukan tau pape pasal bola. Hello~ Try dulu okay. Some girls minat football apa. Lembut2 pun bola layann, ye tak? Haha :D Or anything, you name it. Jangan kita judge seseorang tu dari luaran. Try dulu get along, then baru kita tau betol ke tak judgement kita tu. Maybe ada yang betol ada yang salah. 

Second: Hargai dia

Kita ni orang perempuan, kalau baju or anything yang kawan kita pakai tu cantik, ringan je mulut puji "Eh Hanna. Cantik la baju awak hari ni" or "Eh Hanna. Comel la kau" Tapi kenapa bila dia pakai anything, ada je yang tak kena. Warna terang sangat la. Asyik2 pakai t-shirt la. Cuba la sesekali tu puji cket.. "Eh awak. Warna baju awak menarik. Sesuai sangat" or "Eh awak. Suka sangat jeans awak tu. Nampak chantek" Ha. Kan best macam tu? Saling memuji dan menghargai. Kalau duet scholar ada lebih bulan ni, ringan2 kan la tangan tu beli something untuk dia. Dia banyak bagi hadiah kot kat korang. Paling cikai, beli choc. Confirm dia tak cari laen, you all. Hahaha :D


Third: Biar dia jadi diri sendiri

Sesetengah perempuan, nak bf dorang jadi macam ni. Rambut nak macam Afgan, tinggi nak macam Dmitry Chaplin, dress up nak macam Kaer Hazami. Ape ni ape ni? Jangan too demanding girls. Terima ape yang dia ada. Kenapa nak dia yang macam orang lain. Kalau la boleh 'nak dia macam tu macam ni' dalam relationship, alamat nye banyak la orang buat klon. Klon artis, klon lelaki2 hensem. Kan? Luaran tak penting la. Yang penting ni ha (sambil tepuk2 dada) H A T I. Susah nak cari lelaki baek sekarang nie. Bila dah dapat, senang2 je nak lepaskan. Aiseh. Tak paham aku dunia sekarang nie. Silap2 haribulan, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.. 

Fourth: Berkongsi pendapat

Kongsikan apa yang korang fikir. Apa kemahuan korang. Example: apa yang korang nak for birthday present, korang nak pegi dating kat tempat macam mane etc. Mungkin guys tak dapat nak baca apa yang korang nak, rasa and fikir. So bgtau jela apa yang korang sedang fikirkan. Easy rite? But sometimes terlalu berterus terang juge bahaye ye kawan-kawan. Ada hati yang kita kena jage. As long as kita tak menduakan dan diduakan sudah~~

Fifth: Beri ruang

Kita tak perlu nak sentiasa bersama dia sepanjang masa. 24/7. Give him space. Bagi dia masa hang out dengan kawan2, play games etc. Tak perlu kot 24 jam texting tanya kat mane, tengah buat apa, keluar dengan sape. Bosann kot. Nanti kawan2 kita pun naek menyampah. Kita pun kadang2 banyak kerja, kena submit progress report, proposal, slide presentation dll. Kita pun stress kalau dia asyik nak text or call. So dear.. to be fair kita both kena ada mase untuk diri masing2. Positive thinking macam ni la, lame tak contact makin happening bila jumpa (makin rindu la senang cite). Macam2 benda nak cite. Macam tu lagi best kan? Kan? Relationship tak la susah mana. Susah bila masing2 pentingkan diri dan tak cuba menerima kekurangan. 


 


Ada satu ayat yang aku ingat sampai sekarang. Dulu time skola, ustaz selalu ingat kan.. Ayat dia macam nie...... (Mungkin salah, kalau salah tolong betulkan ye)




" Jangan kita mengharapkan isteri semulia Siti Khadijah 
kalau diri kita tak sehebat Saidina Ali "


Renung-renungkan dan selamat beramal :)




Akhir kalam, assalamualaikum wbt..



P/S: Malaysia vs Indonesia. Sape menang? Go go go Malaysia!

Dunia Sekarang

 
Hye all. Memang banyak cite hot lo nih. Sedang aku mengusya2 link di FB, terkejut gila bila terlihat video seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang gay dan menggalakkan gay-gay lain untuk mengenali diri mereka dan mencari kekuatan di sekeliling mereka. Astaghfirullah. Apa nak jadi dunia sekarang nie. Kalau korang teringin nak tengok muka gay berani mati ni, klik sini. Di Malaysia dah mula wujud kumpulan-kumpulan kecil macam ni. Kalau dibiarkan mau tak melarat. Hidup bertuankan nafsu macam ni la jadi. Sedar lah. Nabi tak mengaku umat kalau kita mengikut hawa nafsu, menghalalkan yang haramm and melanggar perintah Allah. Tindakan perlu diambil untuk elakkan gejala macam ni. Budak kecik pun tau hubungan sejenis ni haram. Apetah lagi kita sebagai orang dewasa yang ada pemikiran yang matang. Ya Allah, selamatkan lah hambaMu ini. Semoga dia mendapat petunjuk dan hidayahMU, aminn. Sedih umat Islam semakin lalai dihanyutkan deras nafsu yang tak berkesudahan.. 
 
 
P/S: Peringatan untuk semua umat Islam dan diri aku jugak
 
 

cinta itu INDAH

Mood jiwang yeahhh~ Nak share dengan korang lagu best. Suka sangat. Tapi lagu ni dah lame. Aku maybe peminat yang last kott. Afgan!! Suka dia okay. Korang suka tak? Heeee :D Ok ok, meh layan jap... zasss~


Tak pernah aku membayangkannya
Bila insan sedang patah hati
Kali ini ku rasakan sesungguhnya

Siang hariku bagaikan malam
Pelangi pun berwarnakan kelam
Inikah yang dinamakan patah hati

Tak ingin kujalani cinta yang begini
Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin kurasakan jiwa yang tak tenang
Kumahu kau tetap disisiku

 
Dan tak ingin kurasakan jiwa yang tak tenang
kumau kau tetap disisiku

Siang hariku bagaikan malam

Pelangi pun berwarnakan kelam
 
 
Ha! Best kan? Ni video dia. Meh layan lagi~ 



Mode: Patah hati :( Tapi tengah cuba gam balik. Sape2 ada gam nak pinjammm :o

Rindu...
Tapi orang tu rindu aku tak?
Cam tak je :'(


 
Takpe Na! Bila ada masalah, muka jangan buat macam ada masalah
Senyum je.. Macam nie..
 
 
 
 
^_________________^ 




P/S: Nak balik rumah. Dah beli tiket. Yeayy~ Anyone nak ikot? Lai lai lai. (Mode bengong plus meraban plus sadis minus tak waras)



Adiosss




down mode



Sangat tenang

Sangat touching

Sangat meremang bulu roma

Sangat suka



Bila dengar lagu ni


Malam ni tetiba mood down. Hmm :( 
Bukak Youtube, browse lagu ni
Sape2 tengah sedih dengar lagu ni boleh leleh (kott)




Bertahan Hanna





This is life


God, Give me strength. Aminnn :)


Plan Baek Punya

Hi all. Entry ni written to answer questionnaires given by Dee Diyana. I am so excited to fill up this thing. Haha :D This is my wedding plan. Hopefully what I dream of will come true one day. Aminn :)

1) HOW OLD ARE U?
22 tahun 18 hari

2) ARE U SINGLE?
single but not available (wahh gitu)

3) AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
around 25-26 tahun

4) DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW?
hopefully, aminnn :)

5) IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
lelaki yang dah ditentukan Dia

6) WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?
a friend or maybe cousin
 
7) DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?
modern and simple

8) WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?
Paris

9) HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?
2500 (kot)

10) WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?
yep. everybody welcomed


11) HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT?
2 or 3

12) WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
evening

13) NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?
Erti Cinta by Maya Karin

14) DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?
fine dining

15) CHAMPAGNE OR RED WINE?
vodka
 
16) HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
days after kalau dapat cuti lama :p

17) MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
household items

18) HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?
four

19) WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
na na na

20) WHOSE WEDDING PLAN U WOULD LIKE TO KNOW NEXT?
my soul



 Manusia hanya merancang. Allah yang akan menentukan. Wallahualam~

ABSTRACT is very important

Hello peeps. Bosan duduk kat lab sambil buat abstract. Aku kena buat abstract untuk Zamalah Colloquium on 20-22 December 2010. This colloquium ala ala conference gitu. Aku dapat tau pasal colloquium ni pun dari email yang diforwardkan oleh Nurul Nabilah. Thanks Belle :) FYI aku salah hantar email address kat SPS. So, segala info yang sepatutnya aku dapat, dah missed. Nanti free aku nak pegi betul kan kat SPS so that aku tak susahkan mane2 kawan laen. Email tu cakap camni:

"Each recipient of the Zamalah and UTM Institutional Scholarship will be assessed every year in order for the scholarship to extended into the subsequent year. Assessment of the recipient is based mostly on publications in the form of papers or books. The colloquium will provide opportunities for students to present their work, discuss them with others in the field of research and interact with other participants. The colloquium will also serve as part of the evaluation process of each recipient of the Zamalah scholarship."

Wallawey. Mane la budak sem 1 ada publication, duh! Gawat nie. Tetibe kepala pun terus pusing. Ouh no. Kena present lagik. Bosan. Cuak je lebih kang. Cakap sah la terabur macam ayam berak kapur. So, for seminar form, ktorg kena submit abstract sekali. Not more than 500 words katenye. Well aku rase aku punye abstract tak sampai 200 words pung. Serabutness :( Waaa. Mau pulang. Tension duduk UTM. Jiwa parah. Oh somebody please help. Dengan progress pun tak bape nak banyak. Chemicals pun baru je sampai so within 2 weeks tak kan la dah dapat results kan? kan? kan? Orang terer je boleh buat kot. InsyaAllah aku try sebaek yang mungkin. Amin... Being a research student memang tough wa cakap lu. Memang lepak plus sempoi. Takde exam, takde class. TAPI! Bila ada assessment macam gini haru mak, nyahhh~ Mula la sume pun nak kabut, gelabah and lame2 semput LOL. Sempat aku jumpa sv tadi. Pas jumpa banyak sangat la kena betulkan, dushh! Tapi rase lebih rileks sebab Prof rileks je. So kite sama2 chill k~ 

Bising sini watpe kan? Dari aku bebel baek aku buat abstract. Haha :D Abstract penting gila. Dia menggambarkan overview of our research. So to member2 yang kena present Zamalah gak, buat2 la abstract ye. Ntah2 aku je tak buat lagi kan.. WAAA :'(



Pray me pleasee 




in love

Hey :)) Happy sunday all! Asal sunday je aku post new entry. Asal aku post new entry je sunday. Haha. Yeahh. Aku berjaye kawal nafsu mahu beryemba2 bersama rakan2 di hujung minggu. Tapi kann. Tibe2 Encik Q text ajak bertemu. So, tak menjadi plak plan aku untuk duduk di bilik sahaja. Wink ;) Well ktorang jalan2 area JB. First aku pegi Giant U Mall. Wayang time! Aku tengok cite Altitude. Best la. Pelakon cantek. Aumm!



Suspen cite nie. Memang best la. Tapi ending dia cam tak logik pun ada. Ada 2 life. Sorang besar sorang kecik. Sape2 nak try tengok, aku bagi 3stars cite ni. Actually nak tengok RED. Tapi takde plak kat MBO U Mall tu. Cite Hiss tu best tak? Cam tak je. Tak suka cite hindustan sekarang. Tak macam dulu. Sume pun nak tiru Hollywood. Padahal dorang ada culture and tradition yang better. Sape yang minat hindustan dapat tau beza cite dulu and sekarang. Jauh sangat beza. Okay dah melelong. Then aku pegi Angsana. Zamalah tak dapat lagi so tengok jela barang2 yang berkenan tu. Geram je kan? Tolang la cepat masuk! Hampeh btol. Em. Next aku pegi makan kat Malay Village. Sangat in love dengan tempat ni. Best. Aku tak tau la kenapa. Deco food all superb. Dah lapar gila kot waktu tu. We arrived about 10pm. Tak macam bunyi lagu rock dari dalam perut aku nie. Haha. Ni salah satu menu yang aku order, Cheesy Wedges. Yang laen2 tak sempat snap sebab masing2 dah lapar, teros tibai. Lawak kan.


Ha. Part nie best. Before pukul12 aku dah sampai UTM. Punya la risau sebab takot masuk lambat pak guard misai lentik tu mintak kad matrik. Kad matrik tak bawa. Haha. Ktorg beli air kat P19. Ramai gila guys. Segan kot nak lepak situ. So aku pun decide nak picnic kat tempat exercise tepi tasik UTM. Rupenye malam2 pun ramai orang datang bakar lemak. Aku pun dengan excited try benda2 alah yang ada kat situ. Best gilaaaaa :)) Nanti nak pegi lagi. Yeayy~ Pagi ni bangun dengan otot tangan dan kaki yang bengkak sebab dah lame tak exercise. Terbaekk~ Im so happy & Im so in love :) Encik Q, entry ni untuk awak :)) So to all beatiful girls out there, nak hang out sila ajak aku. Sebab bosan terperap dalam UTM je. Haha. Next week cuti Deepavali. And as Malaysian, aku pun celeb gak ape. KL here I come. Tak sedar diri keja banyak dekat lab. Ouh conference. Dem :/




i wish..

Aku suka update blog. Peduli ape aku. Kau suka boleh scroll down, tak suka boleh blah. Hari ni aku nak bebel pasal benda yang aku idam2 dalam masa terdekat (kalau ada duet memang aku beli tau) Tapi poket pun kering ni ha. So ape nak buat? Dok diam sambil usha orang yang ada dengan sakit hati. Haha :D

First thing first: Satria Neo (Black). Kalau korang ingat2 lupe cane bentuk SN ni. Usya bawah. 


Fuhh! Cantek kan? Comel. Aku tak suka keta besar2. Cam tak rock. Haha. Tapi kalau dapat aku nak auto punye. Walaupun aku tak penah drive auto so far :P Nak colour hitam sebab hitam tu menawan. Putih or silver? Euww~ Susah kot nak basuh. Orang kata auto car susah nak bela. Mahal kot maintenance dia. Tapi auto mudah kot untuk orang pompuan bawa. Especially yang tak bape nak terer cam aku nie. Best nye dapat SN sebijik. Tapi kan, tak macam banyak duet guna bila pakai keta nie? Minyak, tol. Kawan2 sedap la ngendeng kalau korang ada keta. Termasuk la aku haha :D Kepada kawan2 yang aku tumpang tu, mintak halal eh. Nanti dah kaye aku bayar. Tak pun aku blanje. Takat teh ais meranti boleh derr. Tade masalah punyee.

Second: Blackberry! Cet. Bajet kaya nak pakai bb. Tak sedar diri kau ni Hanna. Tapi takpe weh. Orang kate angan2 tu free. Biar la nak angan2 ape pun ye tak? Sape2 yang teringin blackberry, mari la angan2 bersama aku. Tak rugi woo. Tanam azam untuk memiliki bb. Yeahhh~ Encik Q cakap, nak beli iphone bukan boleh sebarang beli. Kena register dulu. Bb ni pun kena register eh? Dengar cite pasal RMK-11. Takde cukai untuk handphone. Wahh seronok nye. Adakah bb akan didapati dengan harga RM6++ je. Kalau gitu, student2 mesti tibai bb sorang satu, termasuk la aku dan kawan2 yang laen. Bila nak jadi orang kaya nie. Haishh! 

 
Ketiga: Aku nak pakai braces. Tak nak la letak gambar orang pakai braces. Tak macam geli plak nak tengok kan. Nak betol kan gigi aku yang jongang ni. Tapi tak la jongang sangat okay. Braces ni dah lama nak pakai. Tapi aku takot sakit. Sakit ke ha? Mula2 je kot sakit :/ Nak survey harga la. Papa sila support tita nak pakai braces okay. Hadiah bday pun okay jugak. Heee~

Keempat: Aku nak tengok banyak2 movie yang best! Banyak kot cite best sekarang. Aku nak bersantai2 bershopping2. Pheww. Best nye hidopp. Heaven gilaa! Alamak. Dah ngantok dah penat. Nanti sambung lagi yaww~ 

P/S: Doa kan aku dapat ape yang aku nak. Aminnn. Aku doakan korang dapat gak ape yang korang nak. Aminnn :))



kawen jom!

Ni entry gilaa. Sila abaikan kalau geli. Tapi tak bermaksud aku gatal okay. Usya2 gambar weeding di fb, cam best je kawen ni kan.. Banyak pitih mesti wedding gempak. Korang penah tengok tak wedding ala2 fairytale. Aku dapat link pun kat fb jua. Sangat gorjess. Tapi cam membazir plak :/ 
Two lil cute bears in their weeding suit. Santekk!
Ape pendapat korang pasal wedding cost? Perlu ke mahal or sekadar cukup syarat sudah. Lagi, perlu ke hantaran ikot education level seseorang perempuan tu? Kalau tanye aku la, perlu! Ngee~ Yela. Tak macam susah2 mak ayah sekolah kan kita. Belaja tinggi. Biar la duk dapur pun ye tak tapi educated. Perempuan nowadays kena berdiri atas kaki sendiri. Tak boleh terlalu mengharap pada suami. Bantu lah suami anda. Yes, aku baru 22 tahun. Tapi aku sangat pegang prinsip perempuan mesti berdikari dalam ape yang dia buat ex: study, finance, marriage and all aspects of life. Tapi! Aku tak nafikan peranan lelaki dalam dunia ni. Ape2 pun, mereka tetap ketua (family aspects) Nowadays kat office2 besar pun sudah ada wanita yang berdiri sama tinggi dengan lelaki, menjawat jawatan yang hebat2. Tahniahh! Dah jauh dari bab kawen ni. Aishh~

Btw, aku suke tengok couple2 muda yang dah berkawen. Bagi aku tak perlu malu kawen awal. Benda baek ape. Jauh kan kita dari maksiat. Keselamatan terjamin bila adanye suami di sisi anda, cewahh. Sweet sangat kann? Entry ni ditulis atas dasar suke tengok couple2 muda yang dah kawen. Schoolmates aku pun ada dalam 2-3 orang yang dah kawen.  Maseh ada yang tengah blaja. See, kawen tak jejaskan study pun. Mb kite lagi bersemangat dengan sokongan suami (aku rase la sebab aku pun blom kawen lagi). Jadi kepada couple2 di luar sane, yang berkemampuan dan ingin elakkan diri dari maksiat aku sokong kalau korang nak kawen. Aku pun nak jadi salah sorang yang kawen awal untuk elakkan maksiat. Sebelum tu, kena la siap2 kan diri dengan ilmu yang cukup. Tanggungjawab berat tu. Aku respek lelaki2 yang menangis selepas akad nikah. Nangis sebab takotkan tanggungjawab yang terletak kat bahu dorang. Sebab aku pernah tengok live! Aku pun nak menangis same terharu sebab ada gak lelaki macam tu kat bumi nie. Bertuah pengantin perempuan tu, insyaAllah.. 
 
Aku hanya lah manusia biase yang ade pendapat sendiri. Aku mintak maaf kalau ade sape2 yang bace potpet2 aku ni, terasa hati or tak puas hati etc. Aku hanye kongsikan perasaan aku terhadap benda2 yang aku suka. Kalau aku salah, tegur dengan cara berhemah. 




: : : Assalamualaikum wbt : : : 

P E N A T dan seangkatan dengannye

Hello dear blog. Aku bosan! Bosan tunggu banyak benda yang tak dapat lagi. First, bosan tunggu gambar. Second, bosan sebab penat buat keje yang tak abes2. Third, bosan sebab.. aku nak balik KL. Sobs :/ Tiap2 hujung minggu nak kua je keje aku. Paling cikai pun g Jusco. Dapat gak telan cool blog. Pehh~ Hari tu aku g U Mall. Saje buang mase plus nak usya movie2 baru. Usya punye usya aku dan member2 pun decide nak tengok The Switch. 




Bertemankan sekotak popcorn ktorg pun tengok cite ni. Bla bla bla. So last2 aku dapat conclude cite ni tak best pun. Rugi oo RM10. Haha. Lagi best Resident Evil: Afterlife. Look forward movie yang akan datang. Kau ade suggestion cite ape yang best? Cite katun mesti best kan.. Erm cam nak tengok cite nie. Cute sungguh anak turtle tu :)





Available in 3D tu. Tapi kene g Tebrau baru dapat tengok 3D. Haha.


Aku now suke layan cite hindustan. Hok lame2 tu best. Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Malam2 buat progress report sambil layan lagu2 dia. Mate aku terbukak dengan luas nye. Rentak dia best so tangan aku pun ligat menari2 di atas keyboard. Haha


This week aku nak kua lagi. Release tense. This time aku nak g Batu Pahat plak untuk bertemu Encik Q. Encik Q, wait for me ;) Nak g buang duet kat BP. Asyik buang duet kat JJ je, ye tak? 


Tibe2 teringat kat keje yang berlambak kat lab tu. Fuhh~ Bz bz bz. Ni sume pasal conference tu. Aduhh. 29 Nov sampai 1 Dis. Cepat la mase berlalu sebab nye dah tak larat menanggung cuak untuk present. Erm. Takpe2 pas abes conference aku nak lepak kat umah 2-3 minggu. Yeahaa. Harap2 dapat lah new baby yang telah dijanjikan oleh papa dan abang aku. Ape new baby kau Hanna? Tunggu..