Hey hey hey! Happy Sunday all. Sangat bosan ini hari. Tade buat pape. Buang masa tengok Youtube, download lagu. Ha! Hari ni lets talk about L O V E.
Apa itu L O V E?
L: is for the way you look at me
O: is for the only one i see
V: is very, very extraordinary
E: is even more than anyone that you adore can
*Nyanyi ala ala Michael Buble (klik sini untuk dengar)*
Boleh tanya diri sendiri. Kenapa aku sayangkan dia? Kenapa dia sayangkan aku? Am I in love? Yes you are in love IF AND ONLY IF... Kita masing2 memahami and cuba menerima semua kelebihan dan kekurangan si dia. Aman nye dunia ni kalau kita sesama manusia menerima dengan cara terbuka kekurangan orang lain. Macam tu jugak dalam relationship nie. Kalau korang dah confirm in love dengan dia, and dia pun memang confirm tangkap chenta dengan korang, ape kata korang cuba tips nie.. Tips ni for girls actually. Tapi guys yang nak cuba, tade masalah der. Give a try. Who knows they are worth kan..
First: Berkongsi aktiviti yang sama
Why not if time korang tengah dine or lunch, korang share dengan dia ape makanan2 yang korang suka, ape makanan2 yang korang reti masak (tapi aku sure tade la banyak sangat yang reti kan? ngee). Ape makanan2 yang korang nak try. And ajak dia sama2 try makanan tu. Ataupun, korang nak try recipe baru. Boleh try together (erm. rasenye yang ni kena nikah dulu la). Instead of delivery or makan kat luar, korang akan develop bonding which is team-bonding. Bila nak masak bersama2 ni, korang tend to cooperate untuk jadikan recipe yang korang nak cuba tu, menjadik. Best kan? Sweet je. For guys pulak, try share dengan dia pasal bola. Some guys said, boring cite pasal bola dengan perempuan. Sebab? Sebab perempuan bukan tau pape pasal bola. Hello~ Try dulu okay. Some girls minat football apa. Lembut2 pun bola layann, ye tak? Haha :D Or anything, you name it. Jangan kita judge seseorang tu dari luaran. Try dulu get along, then baru kita tau betol ke tak judgement kita tu. Maybe ada yang betol ada yang salah.
Second: Hargai dia
Kita ni orang perempuan, kalau baju or anything yang kawan kita pakai tu cantik, ringan je mulut puji "Eh Hanna. Cantik la baju awak hari ni" or "Eh Hanna. Comel la kau" Tapi kenapa bila dia pakai anything, ada je yang tak kena. Warna terang sangat la. Asyik2 pakai t-shirt la. Cuba la sesekali tu puji cket.. "Eh awak. Warna baju awak menarik. Sesuai sangat" or "Eh awak. Suka sangat jeans awak tu. Nampak chantek" Ha. Kan best macam tu? Saling memuji dan menghargai. Kalau duet scholar ada lebih bulan ni, ringan2 kan la tangan tu beli something untuk dia. Dia banyak bagi hadiah kot kat korang. Paling cikai, beli choc. Confirm dia tak cari laen, you all. Hahaha :D
Third: Biar dia jadi diri sendiri
Sesetengah perempuan, nak bf dorang jadi macam ni. Rambut nak macam Afgan, tinggi nak macam Dmitry Chaplin, dress up nak macam Kaer Hazami. Ape ni ape ni? Jangan too demanding girls. Terima ape yang dia ada. Kenapa nak dia yang macam orang lain. Kalau la boleh 'nak dia macam tu macam ni' dalam relationship, alamat nye banyak la orang buat klon. Klon artis, klon lelaki2 hensem. Kan? Luaran tak penting la. Yang penting ni ha (sambil tepuk2 dada) H A T I. Susah nak cari lelaki baek sekarang nie. Bila dah dapat, senang2 je nak lepaskan. Aiseh. Tak paham aku dunia sekarang nie. Silap2 haribulan, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..
Fourth: Berkongsi pendapat
Kongsikan apa yang korang fikir. Apa kemahuan korang. Example: apa yang korang nak for birthday present, korang nak pegi dating kat tempat macam mane etc. Mungkin guys tak dapat nak baca apa yang korang nak, rasa and fikir. So bgtau jela apa yang korang sedang fikirkan. Easy rite? But sometimes terlalu berterus terang juge bahaye ye kawan-kawan. Ada hati yang kita kena jage. As long as kita tak menduakan dan diduakan sudah~~
Fifth: Beri ruang
Kita tak perlu nak sentiasa bersama dia sepanjang masa. 24/7. Give him space. Bagi dia masa hang out dengan kawan2, play games etc. Tak perlu kot 24 jam texting tanya kat mane, tengah buat apa, keluar dengan sape. Bosann kot. Nanti kawan2 kita pun naek menyampah. Kita pun kadang2 banyak kerja, kena submit progress report, proposal, slide presentation dll. Kita pun stress kalau dia asyik nak text or call. So dear.. to be fair kita both kena ada mase untuk diri masing2. Positive thinking macam ni la, lame tak contact makin happening bila jumpa (makin rindu la senang cite). Macam2 benda nak cite. Macam tu lagi best kan? Kan? Relationship tak la susah mana. Susah bila masing2 pentingkan diri dan tak cuba menerima kekurangan.
Ada satu ayat yang aku ingat sampai sekarang. Dulu time skola, ustaz selalu ingat kan.. Ayat dia macam nie...... (Mungkin salah, kalau salah tolong betulkan ye)
" Jangan kita mengharapkan isteri semulia Siti Khadijah
kalau diri kita tak sehebat Saidina Ali "
Renung-renungkan dan selamat beramal :)
Akhir kalam, assalamualaikum wbt..
P/S: Malaysia vs Indonesia. Sape menang? Go go go Malaysia!





No comments:
Post a Comment