Orang Gila Kentang


Hello there. Amacam hari nie? Ada baek ka? Well hari nie aku agak sesak nafas. Prof minggu nie 2-3 kali gak la datang lab. Usya ktorang semua. Macam cacing kepanasan la semua. Tak senang duduk. Yang rajin bertambah rajin. Yang tak rajin tetibe rajin. I like.. Macam apa kan? Kena ketuk baru la berbunyi termasuk la aku yang malas nie. Aishh~ Bebanan kerja terlalu banyak nie. Tapi sempat gak update LOL. Sejak dua menjak ni aku pun tak tau nape. Suka benar telan buah kiwi. Korang tau kan buah tuu ? Hee. Rasa dia masam-masam. Manis pun ada. Aku pun google kebaikan buah yang aku suka makan nie. Yela risau gak. Punya pelahap banyak tetibe tak elok ke apa ke.. Aku list out eh :)


1) Kaya dengan nutrien ( folate, potassium, zinc ) yang boleh menghalang jangkitan penyakit dan memberi tenaga. 

 

2) Dua kali Vitamin C berbanding buah Oren. Dua kali Vitamin E berbanding avocado dengan separuh nilai kalori. 
 

3) Sesuai untuk pengidap diabetes kerana buah kiwi mempunyai kadar indeks glikaemik yang rendah dan serat yang tinggi menyamai satu hidangan emping bijirin.


4) Baik untuk kanak-kanak bagi mengelakkan sembelit, demam dan selesema. 


5) Tidak perlu ambil supplement lain sebab buah kiwi ada segala nutrient yang kita perlukan.

6) Lebih baik diambil dalam keadaan segar.




Jadi, apa pilihan korang? Mau sihat atau tak? Tinggalkan junk food dan gantikan dengan buah kiwi. Tak rugi woo~ Next time aku maybe akan story kebaikan buah lain.. InsyaAllah...


"Allah kurniakan kesihatan untuk kita pelihara bukan untuk kita abaikann"





Peace yaw! 


P/S: Info dicopy dari beberapa blog plus promo advert kilang kiwi, Zespri. 



No comments:

Post a Comment