Para Pencari Tuhan, PPT ni satu daripada sinetron2 Indon yang aku minat. Mule2 aku tak tau pun ada cite nie. Time balik hujung Ramadan hari tu, baru lah tengok. Tengok punye tengok, serius cite ni best. Dari name dia kite dah dapat agak penceritaan berkisar tentang agama. Tapi yang aku suke tu, cite ni ade unsur2 humor. Ape yang cube disampaikan tu secara halus, bersahaje dan indirect. Ilmu-ilmu agama yang ditekankan dengan care yang orang mudah nak terime. Watak2 tak terlalu banyak or serabut. Kalau kite tengok pun, boleh kate most scene tu kat tempat yang same. See, walaupun kos murah tapi cite ni mampu bagi kite impact yang besar. Sesuai ditayangkan dalam bulan Ramadan. Aku dapat tau cite ni dah ade sampai jilid 4. Tapi mungkin yang aku tengok ni baru jilid 1. Tak kesah. Yang penting aku tau ade cite dakwah camni. Bile lah dapat tengok next jilid kan :)
Ni maybe cover cd PPT ni. Aku pun tak sure sebab Encik Google yang bagi :)
Meh aku introduce cket. Yang pakai kopiah tu, Abang Jack. Baju putih, Chelsea. Baju kuning tu, Barong and baju belang2 tu, Juki.
Masing-masing ade kisah. Tiga orang mamat ni sume banduan. Selepas kua dari penjara baru jumpe. Dorg tersesat sampai satu surau yang dijage oleh Abang Jack. So, start lah cite kat situ di mane Abang Jack ni nak bawa tige2 mamat ni kembali ke jalan yang benar. Padahal, ilmu agama Abang Jack ni suam-suam kuku je. So, watak perempuan yang pakai tudung tu (Aya) yang membantu dorg dalam mempelajari agame.
Selain tu, cite ni berkisar gak tentang kehidupan masyarakat yang daif. Yang mereka tahu, perlu cari duet untuk makan. Dorg takde santapan rohani. Jadi, banyak lah persoalan timbul bile dorg ni rase Tuhan tak simpati, tak membantu dorg dek kehidupan dorg yang melarat tu. Here, Abang Jack maenkan peranan dalam menyedarkan masyarakat ni bahawa Tuhan tu ada dan adil untuk semua umatNya. Cume cara untuk dorg tingkatkan keimanan berbeze dengan orang yang berada. Ade gak diselitkan kisah percintaan antara Aya and sorang lagi watak name dia Azam. Asyik nangis je Aya ni disebabkan oleh tindakan2 Azam yang agak selfish itu. Aya ni cumel. Tapi bukan dia berlakon gak ke dalam cite Ayat-Ayat Cinta? Aku pun tak sure sebab tak tengok pun AAC ni. Hee.
Aish! Panjang plak aku bebel sini. So, sape2 yang berminat sile lah tengok cite ni. Tapi, aku tak tau ade tak lagi ditayangkan kat Astro Oasis. Mintak2 ade lah eh sebab aku pun nak tengok gak. Haha :D

No comments:
Post a Comment